Rabu, 14 Ogos 2013

BANYAK YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN

Antara yang boleh dipertikaikan.. Kenapa "PEWARIS MUTLAK" mewakili Persatuan Seni SilaT Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM)sedangkan umumnya tahu "PEWARIS MUTLAK" tersebut adalah di bawah panji Persekutuan Seni Silat Cekak PUSAKA Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM). Satu percanggahan dari segi teknikal..

Jumaat, 1 Februari 2013

Sejarah Realiti Silat Cekak- Surat ini menunjukkan si Saithu Maideen A/L Katharisa tahu akan kegiatan minyak dagu yang berlaku di dalam PSSCM ketika itu.

Surat yang berusia hampir sebelas tahun ini bertarikh 21 Mac 2002 telah kami kategorikan sebagai bahan Sejarah Realiti Silat Cekak. Surat ini mendedahkan segala kepincangan yang berlaku di PSSCM cawangan Wilayah Perseketuan khususnya yang berpusat di Kampung Baru. Surat ini juga adalah respon oleh saudara Taufik Hashim terhadap Tindakan Amaran Bertulis rujukan PSSCM/US.LPT/T.T/2001 yang ditujukan kepadanya akibat tindakan salah laku yang didakwa telah dilakukan olehnya. Surat ini dikeluarkan terhasil daripada 'siasatan' dilakukan terhadapnya oleh LPT. Akibat daripada itu saudara Taufik Hashim tidak dibenarkan mencampuri urusan PSSCM samada persilatan mahupun persatuan. Surat ini juga secara tidak langsung membantu kami memahami keadaan dan sejarah yang berlaku pada ketika itu dan beberapa peristiwa lain yang berkaitan yang berturutan akibat sekatan yang dikenakan terhadapnya. Surat ini juga memberi maklum kepada kami tentang cara tindakan yang akan dilakukan kepada ahli PSSCM yang cuba menegur pihak pentadbir PSSCM tentang salah laku mereka, dimana dalam kes ini seorang ahli yang cuba mendedahkan komplot membunuh kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam telah dihalang terus daripada mencampuri urusan PSSCM. Walaupun ada beberapa perkara yang kami tidak setuju dengan tindakan saudara Taufik Hashim tetapi amaran dan peringatannya mengenai komplot untuk membunuh kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam ini adalah tepat. Memang kepimpinan YM Tuan Haji Ishak Itam telah dibunuh oleh orang berpangkat dalam PSSCM dengan bantuan kumpulan minyak dagu. Puak-puak yang didakwa bermain minyak dagu ini jugalah yang menjadi penyokong kuat Saithu Maideen A/L Katharisa dalam kes mengaku sebagai Pengganti YM Tuan Haji Ishak Itam. Puak-puak minyak dagu ini jugalah yang bertungkus lumus menyiapkan video penyerahan tengkolok dan lading oleh YM Tuan Haji Ishak Itam - kononnya penyerahan beradat. (Lawak paling bangang oleh gang minyak dagu dan penaungnya Saithu Dagu.) Mereka mungkin beranggapan dengan terlantiknya Saithu Maideen A/L Katharisa sebagai PENGGANTI maka mereka akan selamat daripada perbuatan haram mereka. Dengan harapan bermodalkan klip video (yang ntah hapa-hapa) oleh kumpulan minyak dagu itu maka segala kegiatan haram mereka akan disembunyikan terus dari masyarakat UMUM dan Silat khasnya. Nampaknya mereka silap, kes ini belum selesai dan daripada apa yang kami nampak Saithu Maideen A/L Katharisa ini sebenarnya adalah penaung seumur hidup kepada kumpulan minyak dagu ini-dulu kini dan selamanya. Ini belum lagi ditambah kes pendedahan oleh Almarhumah Mak Tam, yang si Saithu Maideen A/L Katharisa ini juga terlibat dalam kes Makan Besau - BOMOH PANTAI PORT DICKSON.

Selasa, 15 Januari 2013

Rabu, 9 Januari 2013

YM USTAZ HANAFI BIN HJ. AHMAD DAN YM TUAN HJ ISHAK ITAM ADA MENGATAKAN YG MAIDEEN TAK BOLEH JADI GURU DAN DIA KENAL GURU!!!! HARAP MAIDEEN TUNJUKKAN KAMI, SIAPA GURU SEBENAR...!!!!